Saturday, 7 March 2015

'Mahaguru' Thamby Rajah pengasas AIKIDO???

Seremban: Usianya hampir mencecah 90 tahun, tetapi kekuatan dan ketangkasannya menakjubkan apabila mampu menahan serangan dan menumpaskan dua lawan serentak yang bukan calang-calang individu, sebaliknya anak murid bertaraf jurulatih.

Itu kehebatan K Thamby Rajah, pengasas dan ‘mahaguru’ seni mempertahankan diri aikido yang dibawa dari Jepun ke negara ini pada 1956.

Ketika ditemui di Institut Latihan Aikido Negeri Sembilan di Temiang, di sini, kegagahannya terserlah apabila dengan mudah menumbangkan muridnya yang jauh lebih muda dalam aktiviti mencabar sama ada ketika latihan sebenar mahupun demonstrasi.

Kekuatan tubuh dan tangannya mengagumkan ketika memperagakan seni aikido, malah penulis sendiri terasa auranya ketika cuba beradu tenaga dengannya.

Justeru, tidak hairanlah beliau dihormati anak muridnya yang kini dikatakan hampir 100,000 orang di seluruh negara serta melahirkan 40 jurulatih sejak mula mengembangkan sukan itu.engekalkan kecergasannya kecuali makan pil minyak hati ikan kod. -metro

No comments:

Post a Comment